Soalan Lazim

Soalan Lazim

Di bawah adalah beberapa persoalan yang sering ditanya oleh setiap agen dan juga pelawat yang berminat untuk menyertai perniagaan top-up reload ini. Anda di kehendaki membaca persoalan-persoalan yang sering ditanya di bahagian ini kerana kemungkinan soalan yang anda ingin tanya sudah ada jawapan di sini.

1. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai agen topup Reload Speed?
Pergi ke Bahagian Pendaftaran untuk mendaftar sebagai agen topup Reload Speed.

2. Bagaimana cara pengiraan profit dilakukan dan bagaimana agen akan mendapat profit tersebut?
Contoh anda mempunyai modal rm10.00. Anda menjual topup celcom rm10,syarikat akan potong Rm9.70 daripada modal anda. Baki dalam modal rm0.30 adalah keuntungan anda.

3. Adakah saya perlu menggunakan No. HP yang didaftarkan sahaja untuk melakukan jualan dan tambah modal?
Ya. Anda perlu menggunakan No. HP yang anda daftarkan sebagai agen topup Reload Speed sahaja untuk menjual top-up reload dan menambah modal.

4. Berapa lama Akaun agen baru akan aktif setelah melakukan deposit?
Akaun baru akan aktif dalam masa 15 minit - 24 jam. Anda akan menerima sms dari server syarikat.

5. Saya telah menyertai topup Reload Speed ini. Tetapi saya terlupa No Password saya. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan semula No Password saya?
Dapatkan semula No Password anda dengan menaip SMS RESET hntar ke 011-2950 7888.

6. Kenapa saya tambah modal tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas dan tidak mendapat modal tersebut.
Sila ikut format tambah modal dengan betul seperti di bahagian tambah modal. Jika betul sila hubungi NO HELPLINE  011-2950 7888.

7. Kenapa apabila saya menjual topup Reload Speed, saya sudah mendapat SMS mengatakan transaksi sudah berjaya tetapi pelanggan tidak mendapat topup tersebut?
Jika anda mengalami masalah sedemikian, anda perlu berhubung dengan
NO HELPLINE  011-2950 7888.

8. Adakah saya akan dibekalkan dengan website apabila mendaftar sebagai agen topup.
Ya. Anda akan dibekalkan dengan akaun website iaitu SMS Reload System. Akaun website ini digunakan untuk topup online, check transaksi, dan semak harga setiap topup.

9. Adakah saya perlu mendaftarkan no HP yang berbeza untuk menjual produk yang berbeza?
Tidak perlu. Ini kerana, dengan satu pendaftaran no HP sahaja sudah membolehkan anda menjual semua produk yang ditawarkan kepada anda (produk yang ditawarkan melalui laman web ini).

10. Adakah saya perlu maintain jualan secara bulanan atau tahunan ?
Tidak.

11.Apa yang biasa menyebabkan transaksi gagal?
Transaksi gagal disebabkan hal-hal berikut:

� Prepaid Handphone anda habis.
� Modal kredit topup anda habis.
� Kod produk salah.
� No. Tujuan tidak betul.
� Operator telefon atau operator sedang ada gangguan.
� Kesalahan menaip format sms  ke no server.
� Kesalahan dalam mengirimkan ke no server.

12.Apakah deposit modal kredit agen akan hangus dalam waktu tertentu?
Deposit modal kredit topup tidak akan hangus dalam waktu tertentu & tidak akan berkurang apabila tidak gunakan untuk melakukan transaksi.

13.Berapa lama deposit modal kredit topup akan ditambahkan, jika sudah melakukan pembayaran bank in?
Jika tidak ada gangguan internet banking deposit anda akan ditambah kurang lebih 15 minit - 3 jam dan akan menerima SMS pengesahan jika deposit sudah ditambahkan.


*Sila Tambah Modal Awal Sebelum Stok Modal Kehabisan
Tambah Modal mengambil masa di antara 15 minit hingga 24 jam, jadi anda perlu menambah modal sebelum stok modal anda kehabisan bagi mengelakkan berlaku masalah tidak boleh topup.